Malaysia

Dasar Privasi Aplikasi Versuni Air+


Notis Privasi ini terakhir dikemas kini pada Ogos 2023.

Aplikasi Versuni Air+ (“Aplikasi”) membenarkan anda mengawal, memantau dan mengurus Penulen Udara Philips dan Pembersih Vakum Robot (“Peranti” secara keseluruhannya) dari mana-mana, pada bila-bila masa ("Perkhidmatan"). Sila ambil perhatian bahawa tidak semua Peranti dikawal oleh Aplikasi.


Aplikasi dan Peranti dikawal oleh Versuni Netherlands B.V. atau mana-mana sekutu atau anak syarikatnya ("Versuni", "milik kami" atau "kami").

 
Notis Privasi ini digunakan pada data peribadi yang dikumpulkan atau diproses oleh Peranti dan/atau Aplikasi. Notis Privasi ini bermatlamat untuk membantu anda memahami amalan privasi kami semasa anda menggunakan Aplikasi, termasuk data yang kami kumpulkan, sebab kami mengumpulkannya dan cara kami menggunakannya serta hak individu anda.

Apakah Data Peribadi yang kami kumpulkan dan apakah Tujuan pengumpulan?


Kami menerima atau mengumpulkan data peribadi, seperti yang diterangkan secara terperinci di bawah apabila kami menyediakan Perkhidmatan kami, termasuklah apabila anda mengakses, memuat turun dan memasangkan Aplikasi.

  • Data Akaun
  • Data Peranti
  • Data Lain Yang Diberikan
  • Data Kuki dan Analitis
  • Data Penilaian dan Ulasan
  • Sokongan Pelanggan
  • Data Gabungan 
  • Keizinan
  • Data Peribadi akan dikongsi dengan siapa
  • Berapa lamakah kami menyimpan data anda?
  • Pilihan dan hak anda
  • Kami melindungi data peribadi anda
  • Maklumat khas kepada ibu bapa
  • Perubahan pada Notis Privasi ini
  • Hubungi Kami

Data Akaun


Bergantung pada negara anda, anda boleh log masuk ke Aplikasi menggunakan akaun Versuni, dengan menggunakan profil media sosial anda atau dengan nombor telefon anda.


  • Apabila anda log masuk melalui media sosial, data peribadi yang kami kumpulkan mungkin termasuk profil awam asas anda (contohnya, foto profil, pengenal unik, jantina, profil URL, tarikh lahir, laman utama dan lokasi) dan e-mel. Di China, anda boleh log masuk menggunakan akaun WeChat anda. Apabila anda menggunakan akaun WeChat anda, kami mengumpulkan ID Akaun WeChat dan Profil Awam anda termasuk nama dan gambar profil. Sila ambil perhatian bahawa penyedia media sosial anda mungkin mengumpulkan maklumat berdasarkan fakta yang anda menggunakan Aplikasi dan log masuk menggunakan akaun media sosial anda. Sila baca Notis Privasi penyedia media sosial anda untuk mengetahui tentang amalan privasi mereka.

  • Apabila anda mencipta akaun Versuni, data peribadi yang kami kumpulkan mungkin termasuk nama pertama, nama pengguna, dan/atau alamat e-mel anda. Dalam kes ini, kami akan menghantar e-mel alu-aluan kepada anda untuk mengesahkan penciptaan akaun anda, berkomunikasi dengan anda untuk membalas pertanyaan anda, menghantar pengumuman berkenaan perkhidmatan sahaja atau komunikasi pemasaran langsung kepada anda sekiranya anda memilih untuk menerima komunikasi tersebut. Anda juga boleh menggunakan akaun Versuni untuk memesan produk, peranti atau perkhidmatan Philips atau Versuni, mengambil bahagian dalam promosi atau permainan, mengambil bahagian dalam aktiviti media sosial yang berkaitan dengan promosi Philips atau Versuni (contohnya mengklik "suka" atau "kongsi") dan mengambil bahagian dalam ujian produk atau tinjauan kami.

    Kami menggunakan Data Akaun anda untuk mencipta dan mengurus akaun anda. Memandangkan kami menggunakan Data Akaun anda untuk menyediakan Perkhidmatan, kami menganggap pemprosesan ini penting untuk pelaksanaan kontrak yang melibatkan anda sebagai pihak.
Click here to read moreClick here to read less

Data Peranti


Apabila anda menggandingkan Peranti anda dengan Aplikasi, kami mengumpulkan alamat IP penghala yang bersambung dengan Peranti anda. Selain itu, kami mungkin akan mengumpulkan maklumat yang berikut:
 
  • Peranti Penulen Udara.

    (I) Data Peranti, termasuk ID Peranti, mod berjalan, kuasa hidup/mati, kelajuan kipas, penjadual dan perintah kawalan.

    (II) Data Kualiti Udara Umum, termasuk Indeks Alergen Dalam Rumah, PM2.5, suhu, gas dan paras kelembapan.

  • Peranti Pembersih Vakum Robot.

    (I) Data Peranti, termasuk ID Peranti, data penjadual, bilangan kitaran dan tempoh membersih.

    Kami mungkin akan menggunakan data ini untuk menyediakan Perkhidmatan; menjadikan Peranti memahami persekitaran; menambah baik Peranti dan Perkhidmatan kami; dan membolehkan anda menggunakan Peranti dan perkhidmatan yang berkenaan.

    Memandangkan Data Peranti anda hanya diproses apabila anda memilih untuk menggandingkan Peranti anda dengan Aplikasi dengan tujuan menggunakan Perkhidmatan, kami menganggap pemprosesan ini penting untuk pelaksanaan kontrak yang melibatkan anda sebagai pihak.

 

Data Lain Yang Diberikan


Bergantung pada model Peranti Penulen Udara anda, Aplikasi ini mungkin menunjukkan soal selidik ringkas yang berkaitan dengan kebimbangan anda tentang kualiti udara di dalam rumah; tempoh sejak anda berpindah ke rumah/bilik anda; dan tempat anda meletakkan Peranti. Aplikasi ini akan menggunakan jawapan anda untuk menetapkan mod berjalan paling sesuai untuk Peranti anda. Kami juga mungkin akan memproses respons kepada soal selidik ini untuk menjalankan analitis dan boleh menggunakan keputusan tersebut untuk penambahbaikan atau pembangunan produk dan/atau pemasaran.
 
Memandangkan Data Lain Yang Diberikan berkaitan dengan anda hanya diproses apabila anda memilih untuk menggandingkan Peranti dengan Aplikasi untuk tujuan penggunaan Perkhidmatan, kami menganggap pemprosesan ini penting untuk pelaksanaan kontrak yang melibatkan anda sebagai pihak dan setakat tujuan data ini diproses untuk analitis, berdasarkan kepentingan sah kami.

Data Kuki dan Analitis


Kami menggunakan kuki, tag atau teknologi yang serupa (“Kuki”) untuk mengendalikan, menyediakan, menambah baik, memahami dan menyesuaikan Perkhidmatan kami. Kuki membolehkan kami mengecam peranti mudah alih anda dan mengumpulkan data peribadi anda yang termasuk nombor peranti pengguna unik anda, alamat IP peranti mudah alih anda, jenis pelayar Internet mudah alih atau sistem pengendalian yang anda gunakan, data sesi dan penggunaan atau maklumat prestasi berkaitan dengan perkhidmatan yang merupakan maklumat tentang penggunaan anda pada Aplikasi. 

Apabila anda bersetuju untuk berkongsi data Aplikasi anda untuk membantu penambahbaikan Aplikasi dan menerima perkhidmatan yang diperibadikan, kami mengumpulkan dan memproses data penggunaan Aplikasi anda seperti yang diperincikan di bawah. Untuk berbuat demikian, kami menggunakan beberapa penyedia perkhidmatan yang memproses data Aplikasi anda bagi pihak kami dan menurut arahan kami. Penyedia perkhidmatan kami menggunakan Kuki untuk membantu kami mengumpulkan maklumat anda.

 

Aplikasi ini menggunakan Google Firebase, iaitu perkhidmatan analisis yang disediakan oleh Google. Google Firebase menggunakan kuki atau teknik serupa untuk membantu Aplikasi menganalisis corak trafik keseluruhan melalui Aplikasi kami. Dengan memindahkan maklumat yang dijanakan oleh kuki tersebut tentang penggunaan Aplikasi kepada Google, Google memastikan alamat IP anda diawanamakan sebelum penyetempatan geografi dan akan digantikan oleh alamat IP umum sebelum penyimpanan. Google mungkin akan menggunakan maklumat ini untuk menilai penggunaan anda berkenaan Aplikasi, mengumpulkan laporan tentang aktiviti Aplikasi untuk kami dan untuk memberikan perkhidmatan lain berkenaan aktiviti Aplikasi dan penggunaan Aplikasi kepada kami.


Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang penggunaan Kuki dalam Aplikasi ini, sila baca Notis Kuki kami yang boleh didapati di bawah tetapan privasi Aplikasi. Sila ambil perhatian bahawa kami hanya memproses data Kuki dan Analitis anda selepas anda memberikan persetujuan.

Click here to read moreClick here to read less

Data Penilaian dan Ulasan


Jika anda menulis ulasan atau menilai Aplikasi ini pada gedung aplikasi, kami mungkin memproses maklumat tersebut untuk memberikan respons kepada komen dan pertanyaan anda, memahami pendapat anda semasa menggunakan Aplikasi, membiasakan diri dengan pendapat umum tentang Aplikasi dan jenama kami, dan menggunakan maklumat ini untuk menambah baik Aplikasi dan/atau produk serta perkhidmatan kami. Kami hanya boleh melihat nama pengguna, penilaian, komen dan butiran lain anda pada gedung aplikasi jika anda membuat keputusan untuk berkongsi dengan kami atau menyediakan maklumat tersebut secara terbuka. Melainkan anda menghendaki kami berbuat demikian, kami tidak akan memautkan maklumat ini kepada bukti kelayakan akaun anda atau mana-mana maklumat lain yang kami dapat daripada anda. Jika anda memerlukan sokongan pelanggan, kami akan menggunakan data anda untuk membuat susulan bagi kes anda dan membimbing anda melalui proses sokongan pelanggan kami menurut bahagian ‘Sokongan pelanggan’ di bawah. 


Kami menganggap pemprosesan data penilaian dan ulasan anda berdasarkan kepentingan sah kami.

Sokongan Pelanggan


Kami mengendalikan dan menyediakan Perkhidmatan kami yang termasuk menyediakan sokongan pelanggan dan menambah baik, membetulkan dan menyesuaikan Perkhidmatan kami. Apabila anda memerlukan sokongan pelanggan, anda boleh memberi kami maklumat tentang penggunaan Perkhidmatan tersebut yang merangkumi interaksi anda dengan Versuni dan cara menghubungi anda agar kami dapat menyediakan sokongan yang diperlukan itu. Kami juga mungkin menggunakan maklumat anda untuk memberikan respons kepada anda apabila anda menghubungi kami. 


Kami menganggap pemprosesan data Sokongan Pelanggan anda penting untuk pelaksanaan kontrak yang melibatkan anda sebagai pihak.

Data Gabungan


Kami mungkin menggabungkan data peribadi anda, termasuklah Data Akaun, Data Peranti dan Data Kuki dengan data yang dikumpulkan semasa interaksi dan penggunaan anda pada saluran digital kami seperti media sosial, laman web, e-mel, aplikasi dan produk yang berkaitan, termasuk alamat IP anda, Kuki, maklumat peranti mudah alih, komunikasi yang anda klik atau ketik, butiran lokasi dan laman web yang anda lawati.


Kami mungkin menganalisis Data Gabungan untuk menyediakan Perkhidmatan yang diperibadikan kepada anda. Tindakan ini juga membantu kami menambah baik kandungan, kefungsian dan kebolehgunaan Aplikasi, Peranti dan Perkhidmatan serta membangunkan produk dan perkhidmatan baru. Kami menganggap pemprosesan Data Gabungan anda berdasarkan kepentingan sah kami.


Jika anda memilih untuk menerima komunikasi promosi tentang produk, perkhidmatan, acara dan promosi kami yang mungkin sesuai untuk anda berdasarkan pilihan dan amalan dalam talian anda, kami akan menghantar komunikasi pemasaran dan promosi kepada anda melalui e-mel dan saluran digital lain seperti aplikasi mudah alih dan media sosial. Untuk menyesuaikan komunikasi pilihan dan amalan anda serta menyediakan pengalaman yang lebih sesuai dan diperibadikan kepada anda, kami akan menganalisis Data Gabungan anda. Kami akan meminta persetujuan anda sebelum menghantar komunikasi promosi kepada anda.

Keizinan


Apabila Aplikasi memerlukan keizinan untuk mengakses sensor peranti mudah alih anda (contohnya, kamera, Wi-Fi, geolokasi atau Bluetooth) atau data lain (contohnya, foto) untuk tujuan Perkhidmatan, kami akan meminta persetujuan anda. Kami hanya menggunakan data tersebut apabila diperlukan untuk memberi anda Perkhidmatan dan hanya selepas anda memberikan persetujuan.

  • Keizinan Umum
  • Wi-Fi. Untuk menyediakan proses berpasangan Peranti anda. 
  • Kamera. Untuk mengimbas kod QR agar dapat memulakan proses berpasangan Peranti.
  • Foto. Untuk mendayakan fungsi perkongsian foto yang membolehkan anda mengambil gambar kualiti udara di dalam atau di luar rumah dan berkongsi gambar tersebut melalui SMS/WeChat atau saluran sosial lain.
  • Membuat panggilan. Untuk membenarkan anda membuat panggilan sokongan pelanggan kami melalui Aplikasi.
  • Lokasi geolokasi kasar dan lokasi. 
  • Proses berpasangan peranti. Sistem operasi Android memerlukan lokasi geolokasi kasar untuk menyambungkan Aplikasi dengan Peranti. iOS memerlukan akses pada data lokasi untuk mengecam apabila Aplikasi dan Peranti berdekatan. Kami tidak memproses data tersebut dalam apa-apa jua cara. Data disimpan pada peranti mudah alih anda, yang tidak dapat kami akses. Jika anda memadamkan profil anda atau Aplikasi, data ini akan dipadamkan daripada peranti mudah alih anda.
  • Cari Versuni berhampiran anda. Apabila anda membolehkan kefungsian ini, kami menggunakan data lokasi anda untuk mengarahkan anda ke kedai atau pusat layanan pelanggan berhampiran anda.
  • Mod Auto Plus. Jika anda berkongsi lokasi anda, kami akan menyediakan maklumat kualiti udara masa nyata dalam Aplikasi untuk anda. Jika anda mendayakan mod Auto Plus, prestasi Peranti (kelajuan kipas) akan disesuaikan berdasarkan maklumat masa nyata kualiti udara di dalam dan di luar rumah secara automatik. Mod Auto Plus juga mengambil kira tabiat penggunaan Peranti anda. Ini akan menghasilkan prestasi yang lebih baik dan/atau penggunaan kuasa yang lebih rendah untuk Peranti anda. Anda boleh mendayakan dan menyahdayakan mod Auto Plus dalam tetapan Aplikasi anda pada bila-bila masa.  
  • Fail. Aplikasi ini memerlukan akses kepada fail peranti mudah alih untuk menyimpan konfigurasi bahasa dan fail lain yang digunakan oleh Aplikasi untuk beroperasi (contohnya fail grafik, media atau aset program besar yang lain). Jika anda memadamkan Aplikasi, data ini akan dipadamkan daripada peranti mudah alih anda.
  • Keizinan Penulen Udara.  
  • Maklumat Cuaca dan Kualiti Udara. Apabila membolehkan keizinan ini, Aplikasi berkongsi data lokasi yang tidak diberikan nama (peringkat bandar) dengan pihak ketiga untuk memberi anda peta lokasi dengan maklumat kualiti udara pada Laman Utama Aplikasi. Pihak ketiga ini ialah AirMatters. 


Anda boleh menyekat keizinan Aplikasi anda pada bila-bila masa melalui tetapan peranti mudah alih anda. Sila ambil perhatian bahawa jika anda membuat keputusan untuk menyekat keizinan, anda mungkin tidak dapat menggunakan Perkhidmatan kami lagi, dengan sepenuhnya atau sebahagiannya.

Click here to read moreClick here to read less

Data Peribadi akan dikongsi dengan siapa


Philips Domestic Appliances boleh mendedahkan data peribadi anda kepada penyedia perkhidmatan pihak ketiga, rakan niaga atau pihak ketiga yang lain selaras dengan Notis Privasi ini dan/atau undang-undang yang berkenaan.

Penyedia perkhidmatan

Kami bekerja dengan penyedia perkhidmatan pihak ketiga untuk membantu kami mengendalikan, menyediakan, menambah baik, menyesuaikan, menyokong dan memasarkan Perkhidmatan kami.

Kami mungkin berkongsi data peribadi anda dengan penyedia perkhidmatan berikut:
 

  • Penyedia IT dan awan

Penyedia perkhidmatan ini menyampaikan perkakasan, perisian, rangkaian, penyimpanan, perkhidmatan urus niaga dan/atau teknologi berkaitan yang diperlukan untuk menjalankan aplikasi atau menyediakan Perkhidmatan. 

  • Penyedia Perkhidmatan Analitis.

Penyedia perkhidmatan ini menyampaikan perkakasan, perisian, rangkaian, penyimpanan dan/atau teknologi berkaitan yang kami perlukan untuk menjalankan analitis Aplikasi.  Kami mewajibkan penyedia perkhidmatan menyediakan tahap perlindungan yang mencukupi untuk data peribadi anda serupa dengan tahap yang kami sediakan. Kami meminta penyedia perkhidmatan kami memproses data peribadi anda hanya dengan menurut arahan kami dan hanya untuk tujuan khusus yang dinyatakan di atas, hanya mengakses jumlah data minimum yang diperlukan oleh mereka untuk menyampaikan perkhidmatan tertentu dan melindungi keselamatan data peribadi anda.


Pihak ketiga yang lain

Philips Domestic Appliances mungkin juga bekerjasama dengan pihak ketiga yang memproses data peribadi anda untuk tujuan mereka sendiri. Jika kami berkongsi data peribadi anda dengan pihak ketiga yang mungkin menggunakan data peribadi anda untuk tujuan mereka sendiri, kami akan memastikan anda termaklum dan/atau mendapatkan persetujuan anda jika diperlukan oleh undang-undang yang berkenaan sebelum kami berkongsi data peribadi anda. Dalam kes ini, sila baca notis privasi mereka dengan teliti supaya anda mengetahui amalan privasi mereka dengan jelas, termasuk jenis data peribadi yang dikumpulkan oleh mereka dan cara mereka menggunakan, memproses dan melindungi data tersebut.

 

Kadangkala Philips Domestic Appliances akan menjual perniagaan atau sebahagian daripada perniagaan kepada syarikat lain. Pemindahan pemilikan sedemikian boleh termasuk pemindahan data peribadi anda yang berkaitan langsung dengan perniagaan tersebut kepada syarikat yang membuat pembelian. Semua hak dan kewajipan kami menurut Notis Privasi ini boleh diserahkan oleh Philips Domestic Appliances kepada mana-mana sekutunya secara bebas, sehubungan dengan penggabungan, pemerolehan, penyusunan semula atau penjualan aset atau menurut penguatkuasaan undang-undang atau sebagainya dan kami boleh memindahkan data peribadi anda kepada mana-mana sekutu kami, entiti pengganti atau pemilik baru.

 

Jika Peranti anda menyokong kawalan suara, sila pilih dan baca bahagian yang berkenaan untuk pemprosesan data kawalan suara di bawah. Sila hubungi sokongan pelanggan (airpurifier.service@philips.com) jika anda tidak pasti tentang pembantu suara yang disokong oleh Peranti anda.

 

Amazon Alexa

Di sesetengah negara, kemahiran Penulen Udara Philips membolehkan anda mengawal Peranti anda dengan Amazon Alexa. Jika anda mendayakan kemahiran, Philips Domestic Appliances membolehkan anda menghubungkan Akaun Amazon anda dengan akaun Philips anda. Apabila menghubungkan akaun anda, Philips Domestic Appliances dan Amazon menggunakan kaedah teknikal secara bebas untuk mengesahkan identiti anda. Philips Domestic Appliances berkongsi pengecam akaun tetapi tidak berkongsi bukti kelayakan akaun anda, termasuk nama atau alamat e-mel, dengan Amazon. 
 

Apabila anda bercakap dengan Alexa, Amazon menghantar versi bertulis bagi perintah suara anda kepada Philips Domestic Appliances dengan pengecam yang unik. Kami memproses maklumat ini untuk melaksanakan perintah anda dan mengeluarkan respons menurut Notis Privasi kami. Kami berkongsi respons bertulis kami dengan Amazon agar Amazon dapat memaklumi anda tentang keputusan perintah anda menurut Notis Privasi dan Terma Penggunaan Amazon. Philips Domestic Appliances dan Alexa juga mungkin bertukar-tukar maklumat tentang Peranti yang mahu dikawal melalui Kemahiran, termasuk apabila anda mengemas kini, menukar atau mengalih keluar Peranti.
 

Anda memahami bahawa perintah dan respons anda mungkin tergolong dalam data peribadi. Anda juga memahami bahawa Amazon menyediakan perkhidmatannya kepada anda dan dengan mendayakan Kemahiran, anda memberikan arahan kepada kami untuk berkongsi data peribadi anda dengan Amazon. Amazon mungkin memproses data peribadi anda di negara yang bukan negara tempat tinggal anda, yang mungkin mempunyai rangka kerja undang-undang yang berbeza untuk perlindungan data peribadi. Anda boleh menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa dengan menyahdayakan Kemahiran. Sila baca Notis Privasi dan Terma Penggunaan Amazon Alexa untuk mendapatkan maklumat lanjut. Terma & Syarat dan Notis Privasi.

 

Google Assistant

Di sesetengah negara, kemahiran Penulen Udara Philips membolehkan anda mengawal Peranti anda dengan Google Assistant. Jika anda mendayakan kemahiran, Versuni membolehkan anda menghubungkan Akaun Google dengan akaun Versuni anda. Apabila menghubungkan akaun anda, Versuni dan Google menggunakan kaedah teknikal secara bebas untuk mengesahkan identiti anda. Kami berkongsi pengecam akaun tetapi tidak berkongsi bukti kelayakan akaun anda, termasuk nama atau alamat e-mel dengan Google.

 

Apabila anda bercakap dengan Google Assistant, Google menghantar versi bertulis bagi perintah suara anda kepada kami dengan pengecam yang unik. Kami memproses maklumat ini untuk melaksanakan perintah anda dan mengeluarkan respons menurut Notis Privasi kami. Kami berkongsi respons bertulis kami dengan Google agar Google dapat memaklumi anda tentang keputusan perintah anda menurut Notis Privasi dan Terma Penggunaan Google. Versuni dan Google juga mungkin bertukar-tukar maklumat tentang Peranti yang mahu dikawal melalui Kemahiran, termasuk apabila anda mengemas kini, menukar atau mengalih keluar Peranti.


Anda memahami bahawa perintah dan respons anda mungkin tergolong dalam data peribadi. Anda juga memahami bahawa Google menyediakan perkhidmatannya kepada anda dan dengan mendayakan Kemahiran, anda memberikan arahan kepada kami untuk berkongsi data peribadi anda dengan Google. Google mungkin memproses data peribadi anda di negara yang bukan negara tempat tinggal anda, yang mungkin mempunyai rangka kerja undang-undang yang berbeza untuk perlindungan data peribadi. Anda boleh menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa dengan menyahdayakan Kemahiran. Sila baca Notis Privasi dan Terma penggunaan Google Assistant untuk mendapatkan maklumat lanjut.

 

IFTTT

Versuni menawarkan kepada anda kefungsian untuk menikmati perkhidmatan IFTTTT dengan Peranti anda. IFTTT bermaksud If This, Then That. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka pada laman web IFTTT.

 

Jika anda mahu menikmati kefungsian ini, anda perlu mencipta akaun IFTTT, menyambungkan akaun IFTTT dengan akaun Versuni anda, kemudian menambahkan sambungan tersebut dengan Peranti anda.


Sila ambil perhatian bahawa untuk menikmati perkhidmatan ini, kami perlu berkongsi sesetengah Data Peribadi anda dengan IFTTT. Versuni dan IFTTT menggunakan kaedah teknikal secara bebas untuk mengesahkan identiti anda. Apabila anda menggunakan IFTTT, token identiti anda, ID peranti dan pencetus akan dikongsi antara syarikat sedemikian untuk melaksanakan perkhidmatan yang diminta.

 
Anda memahami dan mengakui bahawa IFTTT memberikan perkhidmatannya sendiri kepada anda dan dengan mendayakan perkhidmatan ini, anda mengarahkan kami untuk berkongsi data peribadi anda dengan IFTTT. IFTTT mungkin memproses data peribadi anda di negara yang bukan negara tempat tinggal anda, yang mungkin mempunyai rangka kerja undang-undang yang berbeza untuk perlindungan data peribadi. Sila baca Terma Penggunaan Privasi IFTTT untuk mendapatkan maklumat lanjut Dasar privasi - IFTTT.


Anda boleh menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa. Anda boleh menarik balik persetujuan anda dengan memutuskan sambungan perkhidmatan atau Aplet IFTTT Penulen Udara Philips. Selepas anda memutuskan sambungan, kami tidak akan berkongsi Data Peribadi anda dengan IFTTT lagi.

 

Pemindahan merentasi sempadan

Data peribadi anda mungkin disimpan dan diproses di negara yang mempunyai kemudahan kami atau di negara yang mempunyai penyedia perkhidmatan yang dilantik oleh kami. Apabila anda menggunakan Aplikasi dan/atau Perkhidmatan, anda bersetuju dengan pemindahan (jika ada) maklumat ke negara yang bukan negara anda bermastautin dan negara berkenaan mungkin menetapkan peraturan perlindungan data yang berbeza daripada peraturan di negara anda. Dalam keadaan tertentu, mahkamah, agensi penguatkuasaan undang-undang, agensi kawal selia atau pihak berkuasa keselamatan di negara lain tersebut mungkin berhak untuk mengakses data peribadi anda.


Data peribadi anda mungkin akan dipindahkan kepada sekutu atau penyedia perkhidmatan kami yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Eropah untuk menyediakan tahap perlindungan data yang mencukupi mengikut piawaian EEA. Untuk pemindahan ke negara yang tidak diiktiraf sebagai mencukupi oleh Suruhanjaya Eropah, kami telah menetapkan langkah yang sewajarnya seperti fasal kontrak standard yang digunakan oleh Suruhanjaya Eropah untuk melindungi data peribadi anda.

Click here to read moreClick here to read less

Berapa lamakah kami menyimpan data anda?


Kami akan mengekalkan data peribadi anda selagi diperlukan atau dibenarkan berdasarkan tujuan data dikumpulkan. Setelah itu, kami akan memadamkan data tersebut seperti yang ditetapkan oleh undang-undang yang berkenaan. Kriteria yang kami gunakan untuk menentukan tempoh pengekalan termasuklah: (i) penggunaan Aplikasi dan/atau Perkhidmatan oleh anda; (ii) sama ada kami tertakluk pada kewajipan undang-undang; atau (iii) sama ada pengekalan adalah wajar dengan mengambil kira kedudukan undang-undang kami (seperti berkaitan dengan statut had, litigasi atau penyiasatan peraturan yang berkenaan).

Pilihan dan hak anda


Jika anda mahu menghantar permintaan untuk mengakses, membetulkan, memadamkan, mengehadkan atau membantah pemprosesan data peribadi yang anda berikan kepada kami sebelum ini atau jika anda mahu menghantar permintaan untuk menerima salinan elektronik data peribadi anda untuk tujuan penghantaran kepada syarikat lain (setakat hak kepada kemudahalihan data ini diberikan kepada anda menurut undang-undang berkenaan), anda boleh menghubungi kami melalui Hubungi kami | Versuni. Kami akan membalas permintaan anda selaras dengan undang-undang yang berkenaan.

Dalam permintaan anda, sila jelaskan data peribadi yang ingin anda akses, betulkan, padamkan, hadkan atau bantah pemprosesannya. Untuk perlindungan anda, kami hanya boleh melaksanakan permintaan berkenaan data peribadi yang berkaitan dengan akaun anda, alamat e-mel anda atau maklumat akaun lain yang anda gunakan untuk menghantar permintaan anda kepada kami dan kami mungkin perlu mengesahkan identiti anda sebelum melaksanakan permintaan anda. Kami akan cuba memenuhi permintaan anda sebaik sahaja boleh dilaksanakan dengan sewajarnya dan selaras dengan undang-undang yang berkenaan.

 

Oleh sebab kami mengharapkan persetujuan anda untuk mengumpulkan dan/atau memproses data peribadi anda, anda boleh menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa, tanpa menjejaskan kesahihan pemprosesan berdasarkan persetujuan yang dibuat sebelumnya.

 

Sila ambil perhatian bahawa jika anda menggunakan (beberapa) pilihan dan hak anda, anda mungkin tidak dapat menggunakan Aplikasi atau Perkhidmatan kami lagi, secara keseluruhannya atau sebahagiannya.

Click here to read moreClick here to read less

Kami melindungi data peribadi anda


Kami menghargai privasi anda dan komited untuk melindungi data yang anda amanahkan kepada kami daripada pengubahan, kehilangan, penyalahgunaan, pendedahan atau akses yang tidak sengaja atau tidak dibenarkan. Kami menggunakan pelbagai teknologi keselamatan, langkah teknikal dan organisasi untuk membantu kami melindungi data anda. Untuk tujuan ini, kami menguatkuasakan kawalan akses, penggunaan tembok api, protokol selamat dan sebagainya.

Maklumat khas kepada ibu bapa


Walaupun Aplikasi dan Perkhidmatan tidak ditujukan kepada kanak-kanak, seperti yang ditakrifkan di bawah undang-undang yang berkenaan, kami tidak berhasrat untuk memproses data peribadi kanak-kanak. Kami amat menggalakkan agar ibu bapa dan penjaga memainkan peranan yang aktif berkaitan dengan aktiviti dan minat dalam talian anak mereka.


Jika ibu bapa atau penjaga mendapati anak mereka telah memberikan data peribadi kepada kami tanpa persetujuan mereka, sila hubungi kami melalui Contact | Philips Domestic Appliances. Jika kami mendapati kanak-kanak memberi data peribadi kepada kami, kami akan memadamkan data berkenaan daripada fail kami.

Perubahan pada Notis Privasi ini


Kami berhak mengubah atau mengemas kini Notis Privasi ini dari semasa ke semasa. Apabila kami mengemas kini Notis Privasi ini, kami juga akan mengemas kini tarikh di bahagian atas Notis Privasi ini.


Kami menggalakkan agar anda menyemak versi terkini Notis Privasi ini dari semasa ke semasa. 


Notis Privasi baru akan berkuat kuasa dengan serta-merta selepas diterbitkan. Jika anda tidak bersetuju untuk menerima notis yang disemak semula, anda seharusnya menukar pilihan anda atau berhenti menggunakan Aplikasi dan/atau Perkhidmatan kami. Akses atau penggunaan Aplikasi dan/atau Perkhidmatan kami secara berterusan bermaksud anda mengakui bahawa anda telah dimaklumkan dan bersetuju untuk menerima Notis Privasi seperti yang dipinda.

Hubungi Kami


Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang Notis Privasi ini atau tentang cara kami menggunakan data peribadi anda, sila hubungi kami melalui Hubungi kami | Versuni. Anda juga berhak untuk membuat aduan dengan pihak berkuasa penyeliaan yang kompeten untuk negara atau kawasan anda.


Versuni Netherlands B.V.
Claude Debussylaan 88, 1082 MD, 
Amsterdam, The Netherlands

Maklumat tambahan bagi Penduduk California

 

Kanun Sivil California Seksyen 1798.83 membenarkan pelanggan kami yang merupakan penduduk di California untuk meminta dan mendapatkan daripada kami, maklumat tentang maklumat peribadi (jika ada) yang kami dedahkan kepada pihak ketiga untuk tujuan pemasaran langsung pada tahun kalendar terdahulu. Permintaan ini boleh dibuat sekali dalam setahun dan tanpa dikenakan caj. Jika berkenaan, maklumat ini akan merangkumi senarai kategori maklumat peribadi yang dikongsi dan nama serta alamat semua pihak ketiga yang kami kongsikan maklumat pada tahun kalendar terdahulu.  Jika anda merupakan penduduk California dan mahu membuat permintaan sedemikian, sila lawati laman web privasi kami: domesticappliances.philips.com/privacy


Berdasarkan Akta Privasi Pengguna California 2018 (“CCPA”), kami menyediakan butiran yang berikut berkenaan kategori Maklumat Peribadi yang kami kumpulkan dan proses tentang penduduk California melalui Peranti dan/atau Mesin.  Untuk mendapatkan butiran tentang cara kami mengendalikan Maklumat Peribadi menurut CCPA dalam konteks lain, sila klik di sini.  Menurut CCPA, “Maklumat Peribadi” ialah maklumat yang mengenal pasti, berkaitan atau secara munasabah dapat dipautkan dengan penduduk California atau isi rumah tertentu.  


Sumber Maklumat Peribadi  


Kami mengumpulkan Maklumat Peribadi daripada: 

• Interaksi kami dengan anda melalui Peranti dan/atau Mesin; serta 

• Sekutu kami dan rakan kongsi pemasaran bersama dan/atau rakan kongsi perniagaan.


Pengumpulan dan Pendedahan Maklumat Peribadi  

Carta yang berikut memperincikan kategori Maklumat Peribadi tentang penduduk California yang akan kami kumpulkan serta kategori Maklumat Peribadi yang telah kami kumpulkan dan didedahkan untuk tujuan perniagaan operasi kami dalam tempoh 12 bulan sebelumnya.

Kategori Maklumat Peribadi

Didedahkan kepada Kategori Pihak Ketiga Tertentu untuk Tujuan Perniagaan Operasi

Pengecam seperti nama, maklumat hubungan, alamat IP dan pengecam dalam talian yang lain.

Sekutu dan anak syarikat; pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang dipercayai; rakan kongsi perniagaan kami; penyedia akaun media sosial anda yang berkaitan dengan perkongsian sosial yang anda pilih untuk digunakan menurut Notis Privasi ini.

Maklumat peribadi seperti yang ditakrifkan dalam undang-undang pelanggan California, seperti nama dan maklumat hubungan.

Sekutu dan anak syarikat; penyedia perkhidmatan pihak ketiga yang dipercayai menurut Notis Privasi ini.

Ciri klasifikasi yang dilindungi menurut undang-undang California atau persekutuan, seperti bahasa utama.

Sekutu dan anak syarikat; penyedia perkhidmatan pihak ketiga yang dipercayai menurut Notis Privasi ini.

Maklumat aktiviti Internet atau rangkaian, seperti sejarah penyemakan imbas dan interaksi dengan perkhidmatan dalam talian kami

Sekutu dan anak syarikat; pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang dipercayai; dan rakan kongsi perniagaan kami, selaras dengan pilihan anda menurut Notis Privasi ini.

Data geolokasi seperti lokasi peranti.

Sekutu dan anak syarikat; penyedia perkhidmatan pihak ketiga yang dipercayai menurut Notis Privasi ini.

Kesimpulan yang diambil daripada mana-mana Maklumat Peribadi yang tersenarai di atas untuk mencipta profil tentang, contohnya, keutamaan, kelakuan dan ciri individu

Sekutu dan anak syarikat; penyedia perkhidmatan pihak ketiga yang dipercayai menurut Notis Privasi ini.

Penggunaan Maklumat Peribadi

Kami menggunakan kategori Maklumat Peribadi ini dengan tujuan untuk mengendalikan, mengurus dan mengekalkan perniagaan kami, menyediakan produk dan perkhidmatan kami serta mencapai tujuan dan objektif perniagaan kami seperti yang diterangkan di atas menurut “Apakah Data Peribadi yang kami kumpulkan dan apakah tujuan pengumpulan?”

Kami tidak menjual dan tidak pernah menjual Maklumat Peribadi dalam tempoh 12 bulan sebelumnya, seperti “jualan” yang ditakrifkan dalam CCPA. Kami tidak menjual Maklumat Peribadi kanak-kanak yang berumur bawah 16 tahun.

 

Hak dan Permintaan Individu 

 

Jika anda merupakan penduduk California, anda boleh meminta kami: 

• Mendedahkan maklumat yang berikut kepada anda yang meliputi 12 bulan sebelum permintaan anda:  

o Kategori Maklumat Peribadi tentang diri anda yang kami kumpulkan dan kategori sumber bagi Maklumat Peribadi tersebut yang kami kumpulkan; 

o Maklumat Peribadi tertentu tentang diri anda yang kami kumpulkan;  

o Tujuan perniagaan atau komersial untuk mengumpulkan (jika berkenaan) Maklumat Peribadi tentang diri anda; dan  

o Kategori Maklumat Peribadi tentang diri anda yang kami kongsikan atau dedahkan dan kategori pihak ketiga yang kami kongsikan atau kepada pihak yang kami dedahkan maklumat Peribadi tersebut (jika berkenaan).  

 

• Memadamkan Maklumat Peribadi yang kami kumpulkan daripada anda.  

Untuk membuat permintaan bagi pendedahan atau pemadaman yang diterangkan di atas, sila hubungi kami di:  domesticappliances.philips.com/privacy.  Kami akan mengesahkan dan memberikan respons terhadap permintaan anda seperti yang diterangkan di atas dalam “Pilihan dan Hak anda” dan selaras dengan undang-undang yang berkenaan, dengan mengambil kira jenis dan kesensitifan Maklumat Peribadi yang tertakluk kepada permintaan.  Kami mungkin perlu meminta Maklumat Peribadi tambahan daripada anda seperti alamat e-mel, alamat surat-menyurat atau nombor telefon untuk mengesahkan identiti anda dan melindungi anda daripada permintaan palsu. Jika anda membuat permintaan pemadaman, kami mungkin akan meminta anda mengesahkan permintaan anda sebelum kami memadamkan Maklumat Peribadi anda.  


Anda berhak untuk bebas daripada diskriminasi yang menyalahi undang-undang untuk melaksanakan hak anda menurut CCPA.  

 

Ejen Sah 

Jika anda mahu membuat permintaan sebagai ejen sah bagi pihak penduduk California, anda boleh menggunakan kaedah penyerahan yang dinyatakan di atas.  Sebagai sebahagian daripada proses pengesahan kami, kami mungkin meminta anda memberikan, jika berkenaan:  


• Bukti pendaftaran anda dengan Setiausaha Negeri California untuk menjalankan perniagaan di California; 

• Surat kuasa wakil daripada penduduk California menurut seksyen Kod Probet 4000-4465; 

• Kebenaran bertulis yang mengesahkan bahawa penduduk California telah membenarkan anda untuk membuat permintaan bagi pihak penduduk.  Kebenaran ini mestilah ditandatangani (melalui tandatangan sebenar atau e-tandatangan) oleh penduduk California.   

 

Jika anda membuat permintaan bagi pihak penduduk California dan tidak memberi kami surat kuasa wakil daripada penduduk menurut seksyen Kod Probet 4000-4465, kami juga mungkin memerlukan penduduk untuk: 


• Memberi anda kebenaran bertulis yang ditandatangani oleh penduduk untuk membuat permintaan bagi pihak penduduk; 

• Mengesahkan identiti penduduk dengan kami; 

• Sahkan dengan kami bahawa penduduk memberi anda kebenaran untuk menyerahkan permintaan.

Click here to read moreClick here to read less

You are about to visit a Philips global content page

Continue

You are about to visit the Philips USA website.

I understand

You are about to visit a Philips global content page

Continue

You are about to visit the Philips USA website.

I understand

Our site can best be viewed with the latest version of Microsoft Edge, Google Chrome or Firefox.