Memperjuangkan 

penyusuan badan

Ianya mencabar, namun amat bermanfaat.

Sokongan daripada pasangan membantu

dalam usaha penyusuan badan anda.

Berganding bahu menjayakan impian

 

Tidak ada keraguan mengenainya, cabaran penyusuan badan mungkin sebesar manfaatnya.

Oleh itu, jangan lupa bahawa pasangan, keluarga, rakan dan profesional kesihatan kesemuanya dapat memberikan sokongan apabila anda memerlukannya.

Apabila anda memulakan usaha penyusuan badan, apakah yang perlu anda ketahui?

Lebih daripada nutrisi

Kita sering menggelar susu ibu 'cecair emas'. Ini sebab dalam enam bulan pertama selepas kelahiran bayi, susu ibu boleh membekalkan kesemua air dan nutrien yang diperlukan oleh si manja, bermakna ianya makanan yang sempurna. Namun, susu ibu mempunyai banyak lagi manfaat.

 

Bayi yang menyusu badan kurang jatuh sakit dan kurang mengalami cirit-birit, jangkitan telinga dan jangkitan dada. Faedahnya juga berterusan bagi si ibu, di mana wanita yang menyusu badan mempunyai risiko berkurangan bagi kanser payudara, sesetengah jenis kanser ovari, dan diabetes di kemudian hari. Penyusuan badan selama enam bulan mengurangkan kemungkinan jangkitan sekurang-kurangnya setahun, tetapi tidak ada batasan tempoh menyusu bagi seorang wanita.

Fakta-fakta ringkas mengenai penyusuan

  • Bayi lebih ceria jika mereka disusukan sebaik sahaja menunjukkan tanda-tanda berasa lapar.

 

  • Bayi biasanya kerap menyusu dalam tempoh beberapa minggu selepas dilahirkan, terutamanya semasa waktu malam (daripada 8 sehingga 12 kali atau lebih dalam masa 24 jam).

 

  • Sesetengah bayi menyusu dengan perlahan pada mulanya, tetapi mereka semakin cepat apabila semakin membesar.

 

  • Semakin banyak bayi menyusu, semakin banyak susu ibu yang dihasilkan kerana apabila susu diminum, badan ibu akan didorong menghasilkan gantinya.

 

  • Wanita lebih menyukai aktiviti menyusu apabila mereka berasa selesa dan santai.

"Bagi saya, penyusuan badan adalah penzahiran kasih sayang."

Nasihat Dr Abou-Dakn

"Pasangan biasanya berasa bimbang tentang si ibu apabila dia mengalami kesukaran menyusu badan.

Dalam kebanyakan kes, mencari penyelesaian bagi menyokong usaha menyusu badan dan menawarkan galakan adalah cara terbaik untuk membantu."

 

Dr Michael Abou-Dakn, Ketua Doktor Pakar Ginekologi,

Hospital St Joseph, Berlin, Jerman

Hadiah dengan pembelian*

SCF301/03

Promosi 1

 

Beli satu unit Comfort Single Electric Breast Pump (SCF301/03) dan dapatkan bekas makanan 0.8L secara PERCUMA.

SCF618/10

Promosi 2

 

Beli Cawan Penyimpanan Susu (SCF618/10) dan dapatkan satu beg kecil secara PERCUMA.

 

SCF330/20

Promosi 3

 

Beli seunit Comfort Manual Breast Pump (SCF330/20) dan dapatkan 2 helai tuala muka beserta beg kecil secara PERCUMA.

* Boleh didapati di kedai-kedai yang mengambil bahagian sahaja

Kebahagiaan menyusu badan

Sertailah peraduan pada notis pengumuman peraduan di laman Facebook Philips Avent

 

Tempoh Pertandingan: Daripada sekarang sehingga 30 September 2019

Langkah 1: Pembelian

Belilah sebarang produk Philips Avent dari 1 Ogos - 30 September 2019

Langkah 2: Suka & ikuti

Klik 'Like' pada laman Facebook Philips Avent (www.facebook.com/

PhilipsAVENT.my)

serta ikuti akaun Instagram Philips Avent @philipsaventmy

Langkah 3: Hantar, kapsyen, tag & letak hashtag

Hantar foto saat mesra anda bersama bayi anda dan tulis kapsyen kreatif menggunakan 25 perkataan atau kurang, tag 3 kawan dan letak hashtag #PhilipsAventMY #championingbreastmilk

Hadiah:

20* pemenang akan memenangi undangan eksklusif ke sesi Philips Avent Health & Wellness Pampering + beg berisi hadiah Philips Avent bernilai RM150.  

 

* Setiap pemenang boleh membawa seorang (1) teman.

You are about to visit a Philips global content page

Continue

You are about to visit the Philips USA website.

I understand

Our site can best be viewed with the latest version of Microsoft Edge, Google Chrome or Firefox.