Sunway Medical Centre dan Philips Malaysia ganding bahu untuk tambah baik khidmat penjagaan pesakit

July 22, 2010

• Sunway Medical Centre menjadi hospital swasta pertama di Malaysia untuk menggunakan pengurusan carta tanpa kertas secara LANGSUNG menerusi Philips IntelliVue Clinical Information Portfolio (ICIP)

 

Petaling Jaya, Malaysia – Teknologi, penjagaan kesihatan dan alam sekitar umumnya tiada hubung kait tetapi Philips IntelliVue Clinical Information Portfolio (ICIP) memperlihatkan kelebihan menggabungkan ketiga-tiganya, membolehkan penggunaan sistem yang inovatif dan tanpa kertas untuk meningkatkan kecekapan dan memperbaiki penjagaan pesakit.

Sunway Medical Centre, hospital swasta pertama di Malaysia untuk menggunakan ICIP dalam Unit Rawatan Rapi (ICU), telah menguji teknologi baru ini selama 6 bulan, dengan keputusan yang positif.

“ICIP Philips membolehkan doktor untuk bertukar-tukar data pesakit atau rekod kesihatan elektronik (EHR) merentasi rangkaian syarikat penyedia perkhidmatan, membolehkan mereka mendapatkan maklumat yang mereka perlukan dengan mudah untuk membuat keputusan penjagaan yang maklum,” ujar Sister Jasmine Lau, Pengurus Jururawat, Jabatan ICU, Sunway Medical Centre. Hospital perlu menangani jumlah maklumat klinikal yang besar, yang perlu dicatatkan dan disimpan untuk rujukan, daripada maklumat dan penilaian pesakit kepada laporan berterusan yang dijana daripada alat di sisi katil. Menerusi kaedah biasa, kerja ini dilakukan dengan tangan, tetapi ICIP membolehkan data ini dikumpulkan dan disimpan di satu tempat yang senang dirujuk kerana keupayaannya berhubung dengan peranti lain.

“Sistem penjagaan kesihatan di seluruh dunia menghadapi bebanan yang agak berat, dan Malaysia tidak terkecuali, justeru pelaburan penting dan terpuji Sunway Medical Centre ini mencerminkan komitmen mereka untuk memberikan perkhidmatan yang lebih berkesan. Daripada prosedur catatan data yang memakan masa, kakitangan hospital kini boleh menjimatkan berjam-jam masa menjalankan kerja kertas dan meluangkan masa dan tumpuan untuk menjaga keperluan pesakit,” kata Paul Stegman, Pengarah Penjagaan Pesakit dan Maklumat Klinikal bagi Philips Healthcare, Asia Pacific. “Dengan menggabungkan data yang sedia ada dengan alat yang boleh menyampaikan maklumat pesakit dengan cara yang mudah difahami, ICIP mempercepatkan dan menyenangkan pentafsiran dan keputusan yang lebih pantas.”

Teknologi pemantauan pesakit ICIP menghubungkan aplikasi pemantauan pesakit dengan sistem vendor lain dalam pelbagai suasana dan senario penjagaan kesihatan. Ia membawakan data klinikal terkumpul pesakit kepada pakar klinikal dalam jarak 10 kaki pertama penjagaan pesakit dan memberikan sokongan menerusi pematuhan peraturan automatik berasaskan cirinya yang boleh disepadukan dalam sistem IT seluruh hospital.

Teknologi memainkan peranan yang semakin penting dalam industri penjagaan kesihatan. “Philips berharap untuk terus menjadi peneraju dalam revolusi teknologi ini dan berusaha menyusun penyelesaian lebih baik yang membolehkan penyedia khidmat penjagaan kesihatan menambah baik kualiti penjagaan dengan cara yang menjimatkan kos,” tambah Stegman.

ICIP juga membolehkan doktor mengamalkan pengurusan carta tanpa kertas, mengurangkan penggunaan bahan dan tenaga, satu dasar yang mematuhi Dasar Teknologi Hijau Kebangsaan (DTHK) yang dilancarkan oleh kerajaan Malaysia pada Ogos 2009, yang menggalakkan dasar memulihara alam sekitar dan sumber semula jadi dan juga mengurangkan atau mengehadkan kesan negatif kegiatan manusia. Dengan cara ini, Philips dan Sunway Medical Centre mengambil langkah positif untuk menyebatikan teknologi dan amalan lestari dalam penjagaan kesihatan.

Philips PCCI Business

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Royal Philips Electronics
Christina Celestine
Tel: + 603 7965 7488
E-mel: christina.celestine@philips.com.

Mengenai Royal Philips Electronics

Royal Philips Electronics dari Belanda (NYSE: PHG, AEX: PHI) adalah sebuah syarikat yang terlibat dalam pelbagai bidang Kesihatan dan Kesejahteraan, dengan matlamat untuk membaiki kehidupan manusia menerusi inovasi yang dihasilkan tepat pada masanya.  Sebagai pemimpin dunia dalam penjagaan kesihatan, gaya hidup dan pengeluaran lampu, Philips menyepadukan teknologi dan reka bentuk ke dalam penyelesaian yang berpacukan keperluan manusia, berasaskan kefahaman tentang keperluan pengguna dan janji jenama “mudah dan munasabah”.  Beribu pejabat di Belanda, Philips mempunyai kakitangan seramai 116,000 orang di lebih 60 negara di merata dunia.  Dengan jualan yang mencecah EUR23 bilion pada 2009, syarikat ini menjadi pemimpin pasaran dalam penjagaan kardiologi, penjagaan akut dan penjagaan kesihatan di rumah, lampu jimat tenaga dan aplikasi lampu baru, serta produk gaya hidup untuk kesejahteraan dan keseronokan peribadi, dengan kedudukan yang kukuh sebagai pemimpin dalam inovasi TV skrin rata, alat cukur dan dandanan untuk lelaki, alat hiburan mudah alih dan penjagaan kesihatan mulut.  Berita mengenai Philips boleh didapati di www.philips.com/newscenter..